NasyidFM AND Nasyid and Friends »

Friday, August 21, 2009

Malam Pertama Teraweh


Bergambar Sebelum Pergi Teraweh

Assalamualaikum...

Alhamdulillah malam td malam pertama taraweh pada 1430H ni... Rasa best sgt sbb da lama x ketemu dengan solat teraweh, ramai yang ke masjid untuk berjemaah, x kurang juga penyertaan dari kaum muslimah yg membanjiri masjid untuk sama2 mengimarahkan solat teraweh malam td.

Harap2 nye teraweh akan sentiasa ramai sehingga ke hujung ramadhan... sama2 kita rebut peluang ni untuk kita merebut pahala di bulan penuh keberkatan ni yer :)

Haa lepas teraweh smlm kawan2 ajak g makan la pulak kan... makan sekali ngan sahur la tu hehe.. jadi kami pon nk pegi ke BBB Tomyam... bila da sampai tgk2 tutup... alahai ape lah nasib hehe dalam hujan2 kelaparan...


tgh tunggu makanan hehe muke lapo jer

kemudian kami pon cari la tempat makan lain... akhir nya jumpa jugak kedai makan yg bukak lagi dekat pasar malam bandar baru bangi... Hehe dpt lah jgk makan yer sbb dari pg x mkn ape2...

Alhamdulillah... Syukur

Haa Hari ni berbuka jgn membazir pula beli banyak2 juadah... nanti x abes... hehe igt tu tau ! :)

Wednesday, August 19, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan



Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah lebih kurang 2 hari je lagi kita akan menyambut kehadiran bulan yg penuh keberkatan Ramadhan Al-Mubarak...

Anggaplah ramadhan yg kita lalui pada tahun ini seperti ramadhan yg terakhir untuk diri kita... Kerana bulan ini hadir hanya 1 tahun sekali... Dan pastinya di malaysia kalau sebut bulan ramadhan je mesti ada pelbagai juadah berbuka yg dijual di bazar ramadhan... Haa tapi kita kene ingat yer... Jangan sampai membazir...

Sebab kadang mmg kita rasa nak makan aje, tp sebenar nye nafsu semata, bila da beli macam2 makanan, tiba je waktu berbuka yg disentuhnya hanya 1 juadah aje... yg lain2 tu x abes... Haa tu dah jd 1 amalan pembaziran...

Jangan jadikan amalan ni sbg amalan harian kte yer, kerana membazir tu adalah salah satu amalan syaitan... maka berpada pada lah kita dalam memilih juadah ketika di bazar...

Dan tak kurang juga yg akan memasak di rumah tu... Haaa masak tu ikut lah berapa ramai yg ada yer... Haa dan ada berita baik untuk anda semua... InsyaAllah di NasyidFM sepanjang bulan ramadhan ni akan diadakan segmen untuk juadah berbuka dan membuat kuih raya...

Haa kalau anda nak belajar buat kuih raye boleh lah bersama DJ Hayati setiap Jumaat 10 Malam... boleh kita try buat di rumah kan... haa jadi x de lah kita keluar banyak duit untuk beli kuih raya banyak2 kan? hehe...

Dikesempatan ni juga saya nak ucapkan kepada semua, Selamat menyambut bulan ramadhan Al-mubarak... Semoga di bulan yg barokah ini dapat kita meningkatkan amal ibadah dan panjat kesyukuran kerana diberi kesempatan untuk bertemu di bulan ramadhan ini :)

salam ramadhan kareem :)

Saturday, August 15, 2009

Perginya Seorang Pejuang

Assalamualaikum...

hari ni sudah 3 hari Allahyarham Ustaz Asri meninggal kan kita...

Allahyarham merupakan seorang icon bg sy... Saya menerima maklumat tentang pemergian beliau pada pukul 11 pg pada hari khamis lalu dari seorang kenalan, pada awal saya terima maklumat mengenai pemergian beliau mmg sukar untuk dipercayai.

Lalu saya bergegas segera ke Hospital Pantai di bangsar, saya lihat ramai yang dah sampai di sana, kereta mula parking memenuhi di tepi jalan... Ramai kenalan2 Allahyarham hadir untuk menziarahi beliau buat kali terakhir...

Kira-kira pukul 2 ptg jenazah dibawa pulang ke rumah ibu beliau di Kg. Bukit Lanchong Shah Alam...

Pada 3 Ogos lalu Allahyarham Ustaz Asri baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran nya. Tapi tak sangka selepas genap 10 hari hari ulang tahun beliau, beliau "pergi tak kembali"





Bila saya terima msg tentang pemergian beliau, saya rasa sebak dan terkejut... tak tahu nak kata macam mana... terasa seperti hilang semangat sementara... menitis air mata ni semasa berada di rumah Allahyarham Ustaz... Hati ni tidak hilang sebak nya... Beliau merupakan seorang icon dakwah yang terbaik untuk selama2 nya...

Selain dari menjadi pendakwah dan penasyid beliau juga merupakan seorang suami dan ayah yang penyayang kepada 6 orang anak. Saya harap isteri beliau dan anak2 beliau akan tabah dalam menghadapi segala ketentuan ini.



Walaupun beliau telah tiada bersama kita, tapi semangat perjuangan beliau tetap dan akan sentiasa ada di dalam jiwa kita. Kita yang masih lagi ada di muka bumi yg fana ini harus meneruskan perjuangan supaya islam tidak lenyap di muka bumi ini.

Akan kami teruskan perjuanganmu,
Akan kami kenang segala jasamu,
Doa kami sentiasa bersamamu,
Berehatlah Dikau Wahai Pejuang

Terima Kasih ustaz kerana memberi tunjuk ajar kepada saya selama ini dalam pelbagai sudut, akan saya gunakan sebaik mungkin segala ilmu yang telah ustaz berikan, semoga ustaz dapat berehat dengan tenang di sana, insyaAllah akan kita bertemu kembali apabila dibangkitkan nanti... Berehatlah Dikau Wahai Pejuang Islam



Artis : Rabbani
Album : Nostalgia Nada Murni
Lagu : Mana Milik Kita

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Bumi langit ciptaanNya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaanNya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan

Apa yang telah ada
Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya

Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Mengapa kita sombong
Memilik Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisiNya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepadanya

Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya
Mana milik kita
Tidak milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya…

Semoga ustaz ditempatkan di dalam golongan solihin. Amin Ya Rabb

Sunday, August 9, 2009

Muhasabah Cintaku


Assalamualaikum...

agak lama x update blog hehe...

Alhamdulillah skg ni dah kebah sikit demamnye... Moga2 cepatlah sembuh amin...

Haa ni saya nk share 1 lagu yg menjadi feveret sy skg ni... boleh memuhasabah kan diri kita :)

Lagu nye bertajuk Muhasabah Cinta nyanyian dari edcoustic... group ni berasal dari indonesia muzik yang diketengahkan juga "keren bangat deh" hehe bak kata orang indonesia...

ni saya share lirik nye bersama yer


Muhasabah Cinta

Wahai Pemilik Nyawaku
Betapa Lemahnya Diriku Ini
Berat Ujian DariMu
Ku pasrahkan semua padaMu

Tuhan Baru Ku Sedar
Indah Nikmat Sehat Itu
Tak Pandai Ku Bersyukur
Kini Ku Harap CintaMu

Kata-kata Cinta Terucap Indah
Mengalun Berzikir Di Kidung Doaku
Sakit Yang Ku Rasa Biar Jadi Penawar Dosaku
Butir-butir Cinta Air Mataku
Teringat Semua Yang Kau Beri Untukku
Ampuni Khilaf Dan Salah Selama Ini
Ya Illahi
Muhasabah Cintaku

Tuhan Kuatkan Aku
Lindungiku Dari Putus Asa
Jika Ku Harus Mati
Pertemukan Aku DenganMu



Haa begitulah lirik lagunye... Lagu ni bagus untuk peringatan kita semua... sementara kita masih sihat, masih berdaya ni, janganlah kita lupa untuk bersyukur ke hadrat Allah SWT... Kerana bila2 masa sahaja Allah boleh menarik segala nikmat yg dikurniakan kepada kita... Jadi sama2 lah kita panjatkan kesyukuran di atas apa yang kita ada selema ini. Biarlah walaupun juadah makanan kita berlaukkan nasi dan ikan masin pon, ia sebenar nya 1 kurniaan yang besar buat kita dan perlu kita bersyukur kepadaNya.

Dan lagu ni juga memberi kita semangat supaya tidak mudah putus asa, mungkin sekiranya kita mempunyai 1 masalah atau berdepan dengan 1 situasi yang mampu menggugat keimanan kita, kita harus pertahankan semangat kita dan ingatlah setiap masalah itu ada penyelesaian yang baik untuk kita selesaikan.

Oleh itu sama2 kita muhasabah diri, dan cubalah untuk meraih cintaNya kerana ianya ialah cinta yang hakiki dan tidak dapat ditandingi oleh cinta yg selainnya...

Ya Allah berikan kami serpihan cintaMu,
Supaya dapat kami menjalankan hidup kami dengan diselimuti cintaMu
Sesungguhnya engkaulah yang maha pemurah Lagi Mengasihani
Amin Ya Rabbal Alamin
sama2 kita berdoa yer :)

Sunday, August 2, 2009

Konsert Sukses !

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah sabtu lepas 1 ogos telah diadakan Konsert Antara Dunia yang diadakan di stadium melawati shah alam. Menampilkan artis nasyid gergasi 3 negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Mesir.

Konsert Antara Dunia ini di rasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz.

Kehadiran peminat2 nasyid juga amat memberangsangkan hehe... agak ramai yg hadir dari ipt-ipt dan juga hadir bersama keluarga...


konsert ni menampilkan 1 kelainan, di mana ada mesej yg ingin disampaikan di dalam konsert ini... mesej yg disampaikan dalam konsert ni adalah 3 alam... Alam Rahim, Alam Kehidupan Di Dunia dan Alam Kematian. Konsert ni juga diselang-selikan dengan pentomen.


Artis yang ditampilkan di dalam konsert ni ialah Rabbani, Raihan, Hijjaz, Shoutul Harokah ( Indonesia ) dan Nebras ( Mesir ). Gandingan yang mantap dipersembahkan pada malam tersebut dari ketiga2 kumpulan dari malaysia dan selain dari itu lakonan pentomen juga turut disertai oleh wakil dari kumpulan Hijjaz dan Rabbani.

Ramai yang menghadirkan diri pada malam tersebut merasai satu kelainan dan menerima mesej dan impak yg mampu mengingatkan kita tentang kematian. Kerana setiap yang bernyawa pasti akan mati.


Konsert berakhir kira-kira jam 12 tgh malam dan setelah itu diadakan sidang media bagi rakan2 media yang hadir pada malam tersebut. Antara rakan media yang hadir adalah seperti Akhbar metro, akhbar sinar, Melodi Tv3, IKIM.FM dan NasyidFM.

Ustaz Rabbani selaku wakil dari Rabbani Production mengucapkan jutaan terima kasih kepada media kerana tidak henti2 menyebarkan dan mengiklankan mengenai konsert ini. Dan seterusnya Pengarah Urusan PermataHijrah juga rasa berbangga dengan konsert yg diadakan dan berharap konsert seperti ini dapat diadakan lagi...

Dan President GAMIS juga rasa bersyukur kerana akhirnya dapat juga diadakan konsert yg gilang gemilang seperti ini, dan berterima kasih kepada semua pihak yg terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.




Setelah berakhir sidang media Crew NasyidFM membuat 1 interview bersama kumpulan Shoutul Harokah dan Hijjaz. Raihan terpaksa pulang awal kerana ada hal lain yg perlu diselesaikan.

Alhamdulillah vocal yg mantap ditonjolkan oleh Shoutul Harokah dengan lagu2 nya yg begitu menaikkan semangat membuatkan jiwa setiap yg hadir pada malam itu melonjak2 semangatnya untuk lebih berani menegakkan Islam.

Syabbas diucapkan kepada Shoutul Harokah dan harapnya sudi lah datang lagi ke Malaysia.



Saya rasa cukup berbangga dengan perpaduan yang diadakan pada konsert ini kerana selain dari kita mengadakan konsert sebenar nya kita mengeratkan lagi Silaturrahim antara Penasyid 3 Negara.

Saya juga berharap agar konsert seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang supaya dapat kita meningkatkan semangat kita dan sikap perpaduan antara satu sama lain. Semoga usaha sama seperti yang diadakan ini akan dapat diteruskan untuk agama Islam yang tercinta.

NasyidFM mengucapkan Tahniah kepada GAMIS, Rabbani Production, Permata Hijrah dan semua yg menjayakan konsert ini.

NasyidFM akan sentiasa menyokong niat murni seperti ini, sekiranya kepada anda yang ingin mengadakan usahasama bersama NasyidFM boleh menghubungi saya melalui email di Firdausz@nasyidfm.net

Semoga ia menjadi satu wadah baru untuk hiburan yang berwawasan seiring dengan "trend" yang terkini.

Syabbas...