NasyidFM AND Nasyid and Friends »

Sunday, August 2, 2009

Konsert Sukses !

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah sabtu lepas 1 ogos telah diadakan Konsert Antara Dunia yang diadakan di stadium melawati shah alam. Menampilkan artis nasyid gergasi 3 negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Mesir.

Konsert Antara Dunia ini di rasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz.

Kehadiran peminat2 nasyid juga amat memberangsangkan hehe... agak ramai yg hadir dari ipt-ipt dan juga hadir bersama keluarga...


konsert ni menampilkan 1 kelainan, di mana ada mesej yg ingin disampaikan di dalam konsert ini... mesej yg disampaikan dalam konsert ni adalah 3 alam... Alam Rahim, Alam Kehidupan Di Dunia dan Alam Kematian. Konsert ni juga diselang-selikan dengan pentomen.


Artis yang ditampilkan di dalam konsert ni ialah Rabbani, Raihan, Hijjaz, Shoutul Harokah ( Indonesia ) dan Nebras ( Mesir ). Gandingan yang mantap dipersembahkan pada malam tersebut dari ketiga2 kumpulan dari malaysia dan selain dari itu lakonan pentomen juga turut disertai oleh wakil dari kumpulan Hijjaz dan Rabbani.

Ramai yang menghadirkan diri pada malam tersebut merasai satu kelainan dan menerima mesej dan impak yg mampu mengingatkan kita tentang kematian. Kerana setiap yang bernyawa pasti akan mati.


Konsert berakhir kira-kira jam 12 tgh malam dan setelah itu diadakan sidang media bagi rakan2 media yang hadir pada malam tersebut. Antara rakan media yang hadir adalah seperti Akhbar metro, akhbar sinar, Melodi Tv3, IKIM.FM dan NasyidFM.

Ustaz Rabbani selaku wakil dari Rabbani Production mengucapkan jutaan terima kasih kepada media kerana tidak henti2 menyebarkan dan mengiklankan mengenai konsert ini. Dan seterusnya Pengarah Urusan PermataHijrah juga rasa berbangga dengan konsert yg diadakan dan berharap konsert seperti ini dapat diadakan lagi...

Dan President GAMIS juga rasa bersyukur kerana akhirnya dapat juga diadakan konsert yg gilang gemilang seperti ini, dan berterima kasih kepada semua pihak yg terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.




Setelah berakhir sidang media Crew NasyidFM membuat 1 interview bersama kumpulan Shoutul Harokah dan Hijjaz. Raihan terpaksa pulang awal kerana ada hal lain yg perlu diselesaikan.

Alhamdulillah vocal yg mantap ditonjolkan oleh Shoutul Harokah dengan lagu2 nya yg begitu menaikkan semangat membuatkan jiwa setiap yg hadir pada malam itu melonjak2 semangatnya untuk lebih berani menegakkan Islam.

Syabbas diucapkan kepada Shoutul Harokah dan harapnya sudi lah datang lagi ke Malaysia.



Saya rasa cukup berbangga dengan perpaduan yang diadakan pada konsert ini kerana selain dari kita mengadakan konsert sebenar nya kita mengeratkan lagi Silaturrahim antara Penasyid 3 Negara.

Saya juga berharap agar konsert seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang supaya dapat kita meningkatkan semangat kita dan sikap perpaduan antara satu sama lain. Semoga usaha sama seperti yang diadakan ini akan dapat diteruskan untuk agama Islam yang tercinta.

NasyidFM mengucapkan Tahniah kepada GAMIS, Rabbani Production, Permata Hijrah dan semua yg menjayakan konsert ini.

NasyidFM akan sentiasa menyokong niat murni seperti ini, sekiranya kepada anda yang ingin mengadakan usahasama bersama NasyidFM boleh menghubungi saya melalui email di Firdausz@nasyidfm.net

Semoga ia menjadi satu wadah baru untuk hiburan yang berwawasan seiring dengan "trend" yang terkini.

Syabbas...

0 comments: