NasyidFM AND Nasyid and Friends »

Saturday, August 15, 2009

Perginya Seorang Pejuang

Assalamualaikum...

hari ni sudah 3 hari Allahyarham Ustaz Asri meninggal kan kita...

Allahyarham merupakan seorang icon bg sy... Saya menerima maklumat tentang pemergian beliau pada pukul 11 pg pada hari khamis lalu dari seorang kenalan, pada awal saya terima maklumat mengenai pemergian beliau mmg sukar untuk dipercayai.

Lalu saya bergegas segera ke Hospital Pantai di bangsar, saya lihat ramai yang dah sampai di sana, kereta mula parking memenuhi di tepi jalan... Ramai kenalan2 Allahyarham hadir untuk menziarahi beliau buat kali terakhir...

Kira-kira pukul 2 ptg jenazah dibawa pulang ke rumah ibu beliau di Kg. Bukit Lanchong Shah Alam...

Pada 3 Ogos lalu Allahyarham Ustaz Asri baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran nya. Tapi tak sangka selepas genap 10 hari hari ulang tahun beliau, beliau "pergi tak kembali"





Bila saya terima msg tentang pemergian beliau, saya rasa sebak dan terkejut... tak tahu nak kata macam mana... terasa seperti hilang semangat sementara... menitis air mata ni semasa berada di rumah Allahyarham Ustaz... Hati ni tidak hilang sebak nya... Beliau merupakan seorang icon dakwah yang terbaik untuk selama2 nya...

Selain dari menjadi pendakwah dan penasyid beliau juga merupakan seorang suami dan ayah yang penyayang kepada 6 orang anak. Saya harap isteri beliau dan anak2 beliau akan tabah dalam menghadapi segala ketentuan ini.



Walaupun beliau telah tiada bersama kita, tapi semangat perjuangan beliau tetap dan akan sentiasa ada di dalam jiwa kita. Kita yang masih lagi ada di muka bumi yg fana ini harus meneruskan perjuangan supaya islam tidak lenyap di muka bumi ini.

Akan kami teruskan perjuanganmu,
Akan kami kenang segala jasamu,
Doa kami sentiasa bersamamu,
Berehatlah Dikau Wahai Pejuang

Terima Kasih ustaz kerana memberi tunjuk ajar kepada saya selama ini dalam pelbagai sudut, akan saya gunakan sebaik mungkin segala ilmu yang telah ustaz berikan, semoga ustaz dapat berehat dengan tenang di sana, insyaAllah akan kita bertemu kembali apabila dibangkitkan nanti... Berehatlah Dikau Wahai Pejuang Islam



Artis : Rabbani
Album : Nostalgia Nada Murni
Lagu : Mana Milik Kita

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Bumi langit ciptaanNya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaanNya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan

Apa yang telah ada
Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya

Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Mengapa kita sombong
Memilik Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisiNya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepadanya

Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya
Mana milik kita
Tidak milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya…

Semoga ustaz ditempatkan di dalam golongan solihin. Amin Ya Rabb

0 comments: