Assalamualaikum...
Haaa cuti sekolah dah bermula... mesti anda tau apa yg sy nk tulis ni...
Hee... apa lagi kalau bukan dikaitkan Cuti Sekolah = Musim Kahwin
Haa kalau bermula je cuti sekolah mesti ada dapat jemputan kahwin dari kawan2, kenalan, saudara mara dan sapa2 saja...
mmg x dpt dipisahkan lah yer hehe... Cuti sekolah ni je sy da terima banyak juga jemputan kahwin... InsyaAllah mana yg sy sempat pergi sy akan pergi...
Sy jugak yg masih single lg hehe... Tu yg termenung jauh tu hehe... InsyaAllah bila tiba masa dan ketikanya... =)
Buat mereka yg akan berumah tangga tu sy ucapkan selamat menempuh alam baru, mungkin suasananya berbeda dari alam "single" hehe... skg dah "Double"...
Haaa jd kene paham2 lah yer... InsyaAllah mudah2an rumah tangga kalian dilimpahi barakah dan sentiasa bahagia bersama insan tersayang...
Buat anda yg bakal bergelar suami, Selamat Menjadi Nakhoda Buat Bahteramu dan bimbinglah anak2 kapalmu dengan baik dan berikan mereka suntikan vitamin rohani dan jasmani supaya mereka tidak terdedah dengan jangkitan2 kuman yang bakal membinasakan diri mereka....
Dan bakal isteri, Jadilah Pembantu Nakhoda yang sentiasa menemaninya dikala angin ribut melanda dan tatkala taufan atau badai melanda, jangan lah kamu meninggalkan ia sendirian... sentiasa di sisinya memberi suntikan semangat bagi dirinya supaya dia akan terus istiqamah dan lakukan tanggungjawabnya dengan penuh amanah...
InsyaAllah...
Barakallahu La Kuma... =)
0 comments:
Post a Comment